KUALA LUMPUR – Festival Darul Ehsan Berselawat yang akan bermula Jumaat ini tidak akan melibatkan pendakwah dari Indonesia, Mohammad Ulul Azmi Askandar (Gus Azmi).

Sekretariat festival itu membuat keputusan berkenaan selepas menerima kecaman baru-baru ini.

“Setelah pertimbangan lanjut, Sekretariat ingin memaklumkan festival akan berlangsung tanpa penglibatan Saudara Gus Azmi.

“Segala keperihatinan para pendokong Festival Darul Ehsan Berselawat adalah keutamaan kami. Sokongan daripada anda semua amatlah kami hargai” katanya menerusi kenyataan.

Baru-baru ini, keputusan untuk mengundang pendakwah berkenaan menerima kecaman pelbagai pihak susulan pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.

Tindakannya itu dibimbangi memberi contoh tidak baik kepada masyarakat tambahan pula telah difatwakan rokok adalah haram di Malaysia.

Sebagai rekod, Festival Darul Ehsan Berselawat yang bermula Jumaat ini akan berlangsung selama tiga hari.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here