KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter kepada RM3.25 seliter bagi tempoh 26 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025, kata Kementerian Kewangan.

Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal RM2.95 seliter sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here