KUALA LUMPUR – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan sedang mengesan seorang saksi bagi membantu perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Saksi tersebut, Nurfatihah Jeffry, 19, dan alamat terakhirnya di 2105, Rumah Kakitangan TNB, Temerloh.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat saksi ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Iskandar Nadzarudin di talian 018-3111944 atau bilik Gerakan IPD Kuantan atau mana-mana balai polis berdekatan. – MalaysiaGazette