Pengumuman pelantikan Yeoh Kay Bin sebagai jurulatih baharu Lee Zii Jia. Ihsan Foto: Team LZJ

KUALA LUMPUR – Mantan pemain perseorangan negara, Yeoh Kay Bin kini rasmi dilantik sebagai jurulatih baharu bagi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.

Kenyataan itu telah dibuat secara rasmi oleh Team Lee Zii Jia (LZJ) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial hari ini.

“Pengalaman yang dimiliki Kay Bin terutamanya dalam bidang kejurulatihan di peringkat tempatan dan antarabangsa dipercayai dapat membantu Zii Jia dalam menghadapi cabaran dalam kariernya.

“Semoga penyertaan beliau dalam pasukan ini dapat memberi semangat baharu dan bantuan kepada Zii Jia pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.

Pelantikan jurulatih baharu berusia 44 tahun itu adalah untuk menggantikan Wong Tat Meng yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 31 Disember ini.

Mengikut rekod, Kay Bin pernah memenangi gelaran naib juara Kejohanan Remaja Dunia 1998 di Melbourne dan memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Asia 2007 di Johor Bahru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here