waris sulu
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mempunyai kapasiti digital yang lebih maju untuk menangani peningkatan jenayah seksual serta antun seksual terhadap kanak-kanak dalam talian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, semua kapasiti agensi yang berkaitan mesti dikemaskini dan dinaiktaraf bagi tujuan ini.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan Madani telah bawa beberapa pindaan kepada akta berkaitan komunikasi dam bentang RUU ONSA (Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian) yang akan dapat bantu pihak berkuasa untuk kekang jenayah jelik ini,” katanya menerusi aplikasi X.

Beliau turut  mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja  Malaysia kerana berjaya menumpaskan kegiatan seksual serta antun seksual terhadap kanak-kanak dalam talian.

Semalam, media melaporkan, seramai 13 lelaki tempatan berumur antara 20 hingga 74 tahun ditangkap dalam serbuan enam negeri dalam operasi bersepadu ‘Op Pedo’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan dilakukan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu dengan Kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap suspek yang disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Operasi bersepadu itu katanya, bertujuan menjejaki pesalah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan aktiviti dalam talian khususnya di platform media sosial, di samping memberi kesedaran kepada ibu bapa, masyarakat serta penyedia platform tentang tanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan kanak-kanak.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap peranti yang digunakan di premis kediaman kesemua suspek, telah menemui anggaran 40,000 csam dan bahan pornografi dewasa.

Polis turut merampas tujuh unit komputer, seunit komputer riba, 11 telefon bimbit dan 16 unit modem dan router.

Kesemua suspek akan direman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:-

13 lelaki, termasuk warga emas ditangkap dalam Op Pedo

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here