Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas, Pasir Gudang, Johor 2.17 petang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, nahas itu dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu dari arah Tanjung Langsat menghala ke Johor Bahru hilang kawalan.