ACFTA
Bangunan MITI

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti-lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk, dengan kelebaran melebihi 1300mm (dagangan subjek) tidak termasuk plat hitam kilang timah dan dagangan subjek yang diimport dari China, Jepun, Republik Korea dan Vietnam.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, pemulaan kajian semula pentadbiran ini berdasarkan permohonan dari Mycron Steel CRC Sdn. Bhd. atas alasanĀ  penamatan duti anti-lambakan berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan akan berterusan atau berulang kepada pengeluar tempatan.

Kerajaan telah mempertimbangkan permohonan dan maklumat yang dikemukakan, dan memutuskan untuk memulakan kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan ke atas import dagangan subjek tersebut selaras dengan subseksyen 28(6) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 (Akta 504) dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas danĀ Anti-Lambakan 1994 (Peraturan).

Selaras dengan peruntukan di bawah Akta 504 dan peraturan, penentuan muktamad bagi kajian semula pentadbiran akan dibuat dalam tempoh 180 hari dari tarikh pemulaan.

MITI akan mengedarkan soal selidik dan dokumen kepada pihak berkepentingan yang berkenaan.

Semua pihak berkepentingan yang berkenaan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat dari 8 Januari 2025.

Malah, pihak berkepentingan yang berkenaan dijemput untuk menghantar pandangan secara bertulis, menjawab soal seldik dan mengemukakan maklumat sokongan kepada MITI tidak lewat dari 23 Januari 2025.

Sekiranya pihak berkepentingan yang berkenaan tidak mengemukakan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, kerajaan boleh membuat penentuan muktamad berdasarkan kepada fakta-fakta yang sedia ada.

Permohonan bagi borang soal selidik dan sebarang maklumat lanjut mengenai kajian semula pentadbiran ini boleh dikemukakan kepada:

Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7 , Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA
No. Telefon : (603) 6208 6208 4632 / 4637 / 4640
No. Faksimile : (603) 6211 4429
E-mel : [email protected]
Maklumat lanjut : https://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/8405 – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here