Wan Rosdy Wan Ismail meraikan Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 Negeri Pahang diadakan di  Universiti Teknologi MARA Cawangan Raub, Pahang pada semalam.

KUANTAN –  Semua pelajar cemerlang pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 mendapat wang tunai RM1,000, diberikan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian itu bagi  menghargai kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar berkenaan.

Menurutnya, agihan itu melibatkan peruntukan hampir RM 1 juta.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan buat 705 orang pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM Tahun 2023, mereka mendapat RM1,000 seorang.

”Kerajaan Negeri juga turut memberikan penghargaan kepada 53 buah sekolah yang telah membuktikan kecemerlangan dalam peperiksaan awam serta menyumbang kepada kejayaan negeri Pahang.

”Mereka adalah  pelapis dan mereka ini adalah aset pada negeri kita, justeru mereka perlu diberi semangat, harus hargai mereka,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak meminggirkan mana-mana golongan pelajar di Pahang dan meraikan kejayaan semua tanpa mengira kaum termasuk masyarakat orang asli.

Pahang merekodkan 578 orang pelajar SPM yang memperoleh semua A dan 106 orang pelajar STPM yang mendapat PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) 4.0, serta 20 orang pelajar STAM yang mencapai Mumtaz Suffi pada peperiksaan 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here