Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu lalu, dikenakan kompaun RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, berkata kompaun terbabit sudah dibayar kepada pihak MDTM, semalam.