UMNO Sabah meminta polis memperketat langkah keselamatan susulan timbul ura-ura dua perhimpunan aman akan dianjurkan pada 31 Disember ini di hadapan Menara Kinabalu yang menempatkan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di Kota Kinabalu.
Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata jika berlaku pertembungan dua perhimpunan anjuran kumpulan berlainan di tempat dan pada masa sama itu, dibimbangi boleh mencetuskan insiden tidak diingini sekiranya terjadi provokasi tidak terkawal.