ASTANA – Sebuah pesawat penumpang Embraer yang terbang dari Azerbaijan ke Rusia membawa 67 penumpang dan lima anak kapal terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan pada Rabu.
Pihak berkuasa berkuasa Kazakhstan berkata, 12 orang terselamat dalam kejadian malang berkenaan.
Video nahas yang dikongsi di media sosial menunjukkan pesawat itu, yang dikendalikan oleh Azerbaijan Airlines menjunam ke tanah dan terbakar disusuli asap hitam tebal naik.
Kementerian Kecemasan negara Asia Tengah itu berkata dalam satu kenyataan bahawa perkhidmatan bomba telah memadamkan kebakaran dan mangsa yang terselamat dirawat di hospital berdekatan.
Menurut Azerbaijan Airlines, pesawat Embraer 190 dengan nombor penerbangan J2-8243, telah terbang dari Baku ke Grozny, ibu kota Chechnya Rusia.
Pesawan itu kemudian terpaksa melakukan pendaratan cemas kira-kira 3 km (1.8 batu) dari bandar Kazakhstan. Aktau.
Agensi berita Rusia berkata, pesawat itu telah diubah laluan kerana kabus tebal di Grozny.-Agensi