BAYAN LEPAS – Polis Daerah Barat Daya memohon kerjasama orang ramai untuk tampil membantu dalam siasatan kes penemuan seorang lelaki yang disyaki menggantung dirinya di Surau At-Muttaqim di Lilitian Sungai Ara di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai menggunakan tali untuk menggantung dirinya dengan bantuan kerusi.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Harith di talian 011-333 08509 atau Bilik Gerakan Polis Daerah Barat Daya di 04-866 4122.
“Maklumat juga boleh disampaikan ke mana-mana balai polis terdekat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu tular gambar menunjukkan seorang lelaki menggantungkan diri menggunakan tali di sebuah surau. – MalaysiaGazette