Seorang suri rumah di Bera, Pahang, berputih mata selepas kerugian RM147, 753 akibat terpedaya tawaran kerja sambilan atas talian tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan .
Ketua polis negeri, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 38 tahun tertarik untuk menyertai menggunakan platform yang dikenali ‘Hand Craft Group 049’ membabitkan jualan produk kraf tangan di Telegram pada 13 Disember lepas.