Allahyarham Rosli Hassan (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Rosli Hassan, 49, meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah Serdang, semalam.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan isterinya, Rosabariah Shamsudin kepada rakan-rakan media.

Rosli yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarang Berita Kosmo! dan wartawan Biro Melaka sekitar 2008, meninggalkan seorang balu dan lima orang anak iaitu seorang perempuan dan empat lelaki.

Difahamkan, arwah mengadu pedih ulu hati sejak 9 Disember lalu dan mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kajang sebelum ditempatkan di Hospital Serdang.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham yang disampaikan menerusi hantaran Facebook, malam tadi

“Seorang lagi rakan media meninggalkan kita hari ini, saya berdukacita menerima perkhabaran saudara Rosli Hassan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh.

“Semoga Allah SWT kurniakan ketabahan dan kesabaran, serta permudahkan urusan keluarga Allahyarham yang tercinta,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada seluruh warga Sinar Harian atas pemergian Allahyarham.

Jenazah dibawa ke Surau An-Nur Pangsapuri Sri Malaysia Sungai Besi dan dikebumikan hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here