Gambar : JPBD Lipis

KUANTAN – Banjir pulih sepenuhnya di Pahang apabila kedua-dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah Lipis semalam ditutup tengah hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBN) Lipis berkata, seramai 89 mangsa terbabit sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada jam 12.20 tengah hari.

Sebelum ini, PPS SK Lubuk Kulit menempatkan seramai 41 mangsa banjir daripada 12 keluarga, manakala PPS Masjid Kampung Beletik pula menempatkan seramai 48 mangsa daripada 15 keluarga.

PPS Balai raya Kampung Tersang di Raub yang dibuka akibat banjir semalam juga ditutup secara rasmi pada jam 8 pagi ini.

Dalam pada itu, METMalaysia meramalkan kejadian ribut petir di beberapa tempat di kawasan pedalaman di sekitar negeri ini hari ini dan ribut petir di beberapa tempat esok.

METMalaysia juga meramalkan hujan menyeluruh bermula 28 Disember sehingga 30 Disember dan hujan di beberapa tempat pada 31 Disember. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here