Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Tujuh individu termasuk pensyarah, penuntut Universiti Malaya (UM) dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian kucing yang dilaporkan berlaku di kawasan kampus terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang aktivis haiwan yang telah dilakukan hari ini.

“Bangkai kucing itu (yang ditemui Jumaat lalu) telah dihantar ke Makmal Veterinar bagi tujuan pemeriksaan dan bedah siasatan yang akan dilakukan pada esok.

“Turut dihantar ke makmal sama bangkai kucing kedua yang dijumpai di kawasan parkir Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, UM, semalam untuk pemeriksaan serta bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes kematian kucing di kawasan kampus terbabit termasuk kenyataan oleh seorang aktivitis haiwan mengenai insiden itu.

Sebelum itu, tular di media sosial dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan menyayat hati Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM pada 12 dan 16 Disember lalu.

Kemudian, pada Jumaat lalu, seekor lagi kucing dikenali sebagai Lily juga ditemui mati dengan keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan di dalam kawasan UM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here