Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin UMNO menyifatkan tindakan Pas melancar tabung ‘derma jihad’ membantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad seolah-olah memberi tafsiran fitnah itu halal bagi parti tersebut.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, tindakan itu juga menggambarkan strategi Pas untuk mensensasikan isu berkenaan demi meraih simpati rakyat.

“Berapa agaknya jumlah kutipan yang terkumpul untuk bantu saman fitnah terhadap MP Kepala Batas?

“Dalam Pas ramai jutawan yang boleh tolong bayar. Tetapi strategi Pas ialah untuk mensensasikan isu itu untuk meraih simpati rakyat.

“Mursyidul Am PAS Hashim Jasin kata tidak salah ahli Pas bantu Siti Mastura membayar saman fitnah kepada pemimpin DAP…Hashim Jasin tidak mengemukakan dalil syarie.

“Ia dibidas oleh Dr Khairuddin At Takiri bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas. Mana boleh bantu bayar saman sivil kerana “dosa fitnah”.

“Dia (Khairuddin) merujuk Surah al Maidah ayat 2. Ia menyebut jangan bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Mohd Puad berkata mungkin fitnah dalam tafsiran Pas tidak sama dengan fitnah tafsiran  mahkamah.

“Fitnah tafsiran Pas ‘ditanggung halal’,” katanya lagi.

Sebelum ini, tersebar surat pekeliling yang dihantar kepada pemimpin utama pusat, negeri dan sayap Pas memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai Siti Mastura membayar RM825,000 segera, seperti diperintahkan oleh mahkamah.

Menurut surat berkenaan, kegagalan membayar saman akan menyebabkan plaintif mengambil tindakan prosiding kebankrapan yang boleh menyebabkan Siti Mastura hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan kerusinya akan dikosongkan.

Surat tersebut memaklumkan, Pas telah membincangkan perkara itu dengan teliti dan memutuskan semua peringkat perlu turut sama mengambil tanggungjawab menyelesaikan tuntutan tersebut.

Ia selepas Siti Mastura kalah dalam kes saman fitnah kerana mendakwa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai kaitan keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Siti Mastura juga menuduh Teresa Kok ada kaitan dengan keluarga Pengerusi DAP itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here