Hospital Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Pengurusan Hospital Pulau Pinang (HPP) sedang mengesan ahli keluarga atau waris mayat dua individu yang masih belum dituntut selepas meninggal dunia di wad hospital sejak 14 Disember lalu.

HPP dalam satu kenyataan berkata, wanita warga emas, Lee Ah Tai @ Lee Ah Hwa, 77, beralamat terakhir di  Blok 104-156 H Mewah Court, Jalan Tan Sri Tew Ewe, Jelutong di sini disahkan meninggal dunia pneumonia pada jam 2.31 petang.

Manakala, seorang lagi mangsa, Mohd Adnan Gavala Abdullah, 65, alamat terakhir di No.107, Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, Terengganu.

“Pihak HPP telah cuba mengesan keluarga kedua-dua mangsa warga emas berkenaan namun gagal menemui mereka.

“Mayat dua individu itu ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HPP dan belum ada sesiapa hadir menuntutnya sehingga kini,” katanya hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil atau menghubungi Jabatan Perubatan Forensik HPP di talian 04 222 5098. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here