Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelanggaran bot yang mengambil penumpang di Jeti Kahanga, Semporna, Sabah merupakan punca pergaduhan yang tercetus di jeti itu pada Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Komisioner Arif Abdul Razak berkata, insiden pada jam 9 pagi itu dikesan menerusia rakaman video yang tular di media sosial.

Tambah beliau, setakat ini tiada laporan polis yang dibuat mengenai kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah akibat pelanggaran bot yang mengambil penumpang di jeti tersebut.

“Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerugian besar kepada poihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Arif, kedua-dua pihak yang terlibat dengan pergaduhan itu telah dirakam percakapan dan diambil butiran.

Jelas beliau, pihak yang terbabit turut bersetuju untuk berdamai dan tidak mahu memanjangkan isu berkenaan kerana mempunyai hubungan kekeluargaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here