ANKARA – Pesawat Embraer 190 milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Aktau, Kazakhstan semalam didakwa pernah tergelingir daripada landasan terbang di Türkiye pada beberapa hari lalu selepas melakukan percubaan mendarat sebanyak dua kali.
Pada 22 Disember lalu, pesawat terbabit dalam perjalanan dari ibu negara Azerbaijan, Baku ke Trabzon, Türkiye apabila insiden tersebut berlaku, lapor akhbar Yeni Akit.
“Menurut data radar, ia (pesawat) ‘rolled off’ (senget) apabila menghampiri lapangan terbang Trabzon dan juruterbangnya tidak mampu untuk mendaratkan pesawat itu (pada percubaan pertama), hanya pada percubaan kedua,” katanya.
Semalam pesawat Embraer 190 dengan nombor penerbangan J2-8243 membawa 68 penumpang yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny, ibu kota Chechnya, Grozny terhempas di Aktau mengakibatkan 38 orang terbunuh. – Agensi