Salah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasang khemah di dalam Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di Lipis bagi menempatkan mangsa banjir.

KUANTAN – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai raya Kampung Tersang yang dibuka akibat banjir semalam ditutup pada jam 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub berkata, empat sekeluarga yang berteduh di PPS terbabit juga telah dibenarkan pulang ke rumah mereka.

Bagaimanapun, dua PPS di daerah Lipis iaitu PPS SK Lubuk Kulit dan Masjid Kampung Beletik masih dibuka.

Terdapat 14 orang mangsa banjir daripada lima keluarga ditempatkan di PPS SK Lubuk Kulit dan 45 mangsa daripada 14 keluarga pula di PPS Masjid Kampung Beletik.

Sementara itu, semakan di portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati, Sungai Kuantan di Kuantan Bypass di sini berada pada paras amaran (3.15 m) dan menunjukkan trend menaik pada pagi ini.

Aras air di Sungai Jelai di Jeti Lipis (F1), Lipis juga menunjukkan trend menaik dan telah melebihi tahap waspada (62m), manakala Sungai Dong di Kampung Peruas (F1), Raub dan Sungai Pahang di Kuala Krau (F1), Temerloh pula menunjukkan trend menurun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here