MOSCOW – Perkhidmatan Keselamatan Rusia (FSB) mengagalkan beberapa siri plot pembunuhan dirancang perisikan Ukraine yang menyasarkan pegawai kanan pertahanan yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Ukraine, termasuk ahli keluarga mereka.

Menurut kenyataan FSB, empat warga Rusia yang terlibat dalam rancangan perbunuhan tersebut ditahan.

Selain itu, seorang penduduk Moscow yang dilatih perkhidmatan khas Ukraine yang mengumpul maklumat telah dikenalpasti, kata FSB.

Perkhidmatan khas Ukraine menghantar komponen bom ke Rusia dengan menyembunyikannya dalam peralatan rumah dan kereta, ujarnya.

Katanya, peralatan letupan yang dibuat sendiri itu dan alat komunikasi yang digunakan dirampas daripada suspek.

“Satu peralatan letupan seakan-akan sebagai ‘power bank’ dengan magnet melekat diletakkan di bawah sebuah kenderaan pegawai berpangkat tinggi Kementerian Pertahanan yang dipandu keluarga terdekatnya,” kata FSB sambil menambah bahan letupan itu dilengkapi dengan alat kawalan jarak jauh.

Serangan ke atas anggota lain yang dirancang Ukraine membabitkan dua warga Rusia yang berperanan menghantar peralatan letupan buatan sendiri di dalam lipatan dokumen, katanya.

Tambahnya, peralatan letupan itu disorok di Moscow yang dibekalkan warga Ukraine yang duduk di Poland.

“Berdasarkan fakta yang dikumpul Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan, kes jenayah telah dibuka, tahanan telah didakwa dengan perlibatan secara langsung menyeludup bahan dan peralatan letupan, tindakan keganasan dan melakukan khianat,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast