KUALA LUMPUR- Tiada rakyat dipinggirkan di bawah pentadbiran kerajaan Madani.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara keutamaan terpenting Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan.
“Alhamdulillah, Kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat yang dipinggirkan—sama ada orang miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar, kota dan desa. Setiap langkah diambil dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah.
“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial malam ini. -MalaysiaGazette