KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada Presiden Timor Leste, Dr. José Ramos-Horta.
Dalam ucapan dalam bentuk rakaman video dan dikongsi di media sosial, Anwar menyifatkan pemimpin Timor Leste itu sebagai seorang pejuang yang menegakkan kebebasan serta mendoakan keselamatan buat Ramos-Horta dan Timor Laste.
“Kepada rakan saya Presiden José Ramos-Horta Timor Leste, saya mengucapkan selamat hari lahir dan bertepatan dengan sambutan perayaan Krismas dan tahun baharu.
“Anda telah menjadi kawan yang baik, anda telah menjadi pejuang yang tidak kenal lelah,untuk kebebasan dan keadilan, saya doakan anda selamat dan negara Timor Leste selamat,” kata Anwar.
Perdana Menteri turut berharap hubungan kedua-dua negara dan rakyat terus terjalin.
Pada 11 Disember tahun lalu, Anwar menerima kunjungan hormat daripada Ramos-Horta serta mengadakan perbincangan dua hala di Seri Perdana, Putrajaya. – MalaysiaGazette