Manmohan Singh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus mengingati jasa baik bekas Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh yang dilaporkan meninggal dunia.

Anwar mendedahkan ketika beliau dipenjarakan, Manmohan memberikan kebaikan yang tidak perlu dia lakukan termasuk menawarkan biasiswa pendidikan kepada anak-anaknya.

“Tidak ramai yang tahu perkara ini, dan sudah tiba masanya saya berkongsi dengan rakyat Malaysia: selama bertahun-tahun saya dipenjarakan, mendiang memberikan kebaikan yang tidak perlu beliau lakukan, (malah) tidak memberi manfaat kepada beliau dari segi politik apatah lagi untuk dihargai oleh kerajaan Malaysia ketika itu.

“Namun, sesuai dengan wataknya, beliau tetap melakukannya. Beliau menawarkan biasiswa untuk anak-anak saya, terutamanya, Ihsan.

“Walaupun saya telah menolak tawaran yang baik itu, isyarat seperti itu sudah pasti menunjukkan sifat kemanusiaan dan kemurahan hatinya yang luar biasa, seorang lelaki yang penuh dengan “susu kebaikan manusia,” kata Anwar.

Tambah Anwar, ketika beliau melalui hari-hari gelap dalam penjara, mendiang berdiri di sampingnya sebagai sahabat sejati.

“Perbuatan dan kemurahan hati Manmohan akan kekal terukir dalam hati saya selama-lamanya,” ujar beliau lagi.

Menurut Anwar, beliau mengenali Manmohan ketika kedua-dua mereka menyandang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1990-an.

“Kesedihan yang berat ditanggung oleh saya dengan berita pemergian sahabat saya yang dihormati dan disayangi: Dr Manmohan Singh.

“Obituari, esei dan buku pastinya banyak tentang lelaki hebat ini, meraikannya sebagai arkitek reformasi ekonomi India.

“Sebagai Perdana Menteri, Dr Manmohan Singh adalah bidan kemunculan India sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia,” tambah Anwar.

Manmohan meninggal dunia di Delhi pada Khamis pada usia 92 tahun.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here