Foto pernikahan Mat Jeni dan Jawaheer tular di TikTok.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tetap dengan keputusan menikahi lelaki kurang upaya (OKU) yang mengalami kecederaan saraf tunjang selepas 14 tahun berkenalan walaupun pernah disaran untuk mebina kehidupan baharu.

Menerusi satu hantaran di TikTok oleh mirasarinazari, dia telah memuat naik video memaparkan acara menyarung cincin antara kedua mempelai.

Difahamkan, individu yang memuat naik video berkenaan merupakan rakan kepada pengantin wanita dan berkata dia kagum dengan ketulusan hati sahabatnya itu.

“Tahniah sahabat. Aku betul-betul mengagumi ketulusan dan kebaikan hati kau. Aku doakan semoga cinta korang hingga ke jannah,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Rata-rata warga netizen mengucapkan tahniah terhadap pasangan tersebut di samping memuji tindakan pengantin wanita itu yang sanggup menerima suami yang serba kekurangan.

Sementara itu, menerusi tinjauan ke laman TikTok pengantin lelaki yang turut dikenali sebagai Mat Jeni, dia telah memuat naik satu temubual isterinya bersama rancangan radio ERA.

Dia mengakui telah berkenalan dengan isterinya dikenali Jawaher sejak 14 tahun yang lalu.

Menurut Jawaher, Mat Jeni atau nama sebenar, Muhammad Zainizam telah mengalami kecederaan saraf tunjang pada 2010 kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal.

“Punca utama dia, masa 2010 dia jatuh motor dan terbabas. Lepas tu dia ada cervical sublaction. Kemudian dia bedridden (berehat di katil kerana sakit) selama setahun.

“Dia kemudian sembuh dan dah boleh jalani kehidupan seperti biasa lah. Cuma dia tak boleh buat kerja-kerja berat macam tulah,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Jawaher, keadaan Mat Jeni bertambah teruk selepas suaminya itu terjatuh di bilik air pada tahun 2019 sehingga menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Sekarang ni, yang menyebabkan dia terlantar sebab tahun 2019 dia jatuh bilik air,” jelasnya.

Tambah Jawaher, Mat Jeni masih mampu makan dan mandi dengan sendiri namun dia memerlukan bantuan untuk bergerak sahaja, seperti mahu ke tandas perlu diangkat ke kerusi roda.

“Makan dia sendiri, kalau mandi orang tolong angkat dia ke mesin dana ke tandas. Mandi dia boleh mandi sendiri. Tangan dia sebelah okay tapi sebelah lemah sikit,” katanya.

Sementara itu, Jawaher menjelaskan Mat Jeni boleh membuat pilihan untuk menjalani fisioterapi atau pembedahan namun ia mempunyai risiko yang tinggi.

“Risiko terlalu tinggi sebab kecederaan terlalu dekat dengan saraf tunjang di otak,” kongsinya.

Ketika ditanya mengapa memilih untuk berkahwin dengan Mat Jeni walaupun tahu keadaannya, Jawaher hanya berkata, dia tidak mampu menjalani kehidupan tanpa suaminya itu.

“Saya memang tak boleh kalau tiada dia. Masa dia sakit, dia pernah suruh saya tinggalkan dia dan cari kehidupan lain dan dia cakap dia tak nak orang panggil dia pentingkan diri.

“Tapi saya tak boleh, jadi saya teruskan kahwin dengan dia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here