17 kura-kura spesies Radiated Tortoise dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di KLIA

KUALA LUMPUR — Cubaan menyeludup 17 ekor kura-kura dipercayai spesies Radiated Tortoise berjaya dipatahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Pos Aviation Kargo, Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Reptilia dilindungi itu dikesan diseludup dari Madagascar ke Malaysia dengan menggunakan dokumen palsu.

Perhilitan berkata, spesies Radiated Tortoise adalah antara hidupan liar yang diancam kepupusan dan tersenarai di bawah perlindungan antarabangsa.

“Cubaan penyeludupan ini melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

“Semua kura-kura yang dirampas kini dijadikan bahan bukti untuk siasatan lanjut dan siasatan dijalan untuk mencari rangkaian sindiket yang terlibat dalam jenayah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Perhilitan komited dalam memastikan hidupan liar negara terus dilindungi dan tidak dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, uisaha ini penting bagi mengekalkan kelestarian biodiversiti Malaysia yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies unik.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai jenayah hidupan liar digesa untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi tindakan segera,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here