KUALA LUMPUR – Polis digesa supaya mengambil tindakan terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Redza yang didakwa telah menghina Yang diPertuan Agong susulan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11.
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, Fahmi telah membuat provokasi terhadap rakyat Sabah menerusi karikaturnya yang mempunyai maksud menghina Musa sebagai perasuah.
Katanya, karikatur yang dilukis oleh Fahmi itu merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab kerana ia telah mencemar nama baik institusi raja di mana pelantikan Musa ke jawatan itu dibuat oleh Agong.
“Kita harap PMX (Datuk Seri Amwar Ibrahim) bertindak tegas bukan sahaja intitusi diraja tapi harus diingat bagaimana Sabah Sarawak tak ada raja, dia ada TYT. Jadi, adakah kerana kami orang Sabah Sarawak tak layak mendapat perlindungan TYT.
“Kami jadi emosi, kami terganggu disebabkan (karikatur) Fahmi telah tular, dia pergi Sabah hari ini membawa karikatur Musa,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Zulkarnain berkata, karikatur yang dibuat oleh Fahmi itu telah menimbulkan gelombang apabila beberapa penyokong fanatik parti politik di Sabah turut membuat provokasi melampau terhadap Musa.
Ujarnya, perkara itu sepatutnya dibendung dan dihalang serta tidak wajar menyebarkan fitnah dan caci maki dalam berpolitik.
Beliau mahu supaya polis mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sesuatu kejadian tidak diingini berlaku terhadap Fahmi yang kini dikatakan berada di Sabah bagi mengetuai perhimpunan aman “Gempur Rasuah Sabah” yang akan disertai mahasiswa Universitu Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa depan.
Dalam perkembangan sama Zulkarnain turut menggesa supaya polis mengambil tindakan terhadap seorang lagi individu yang dikenali dengan nama Linus kerana melakukan perkara sama termasuk menghina Agong atas dakwaan menerima rasuah.
“Kami membuat dua laporan polis pertama ke atas seorang individu yang kita syaki dia ini penyokong kepada Parti Kesejahteraa Demokratik Masyarakat (KDM) atas penghinaan terhadap agong dimana beliau agong menerima rasuah dan ada caci maki lagi.
“Saya telah serah bahan bukti kepada pihak polis selepas Agong melantik Tun Musa sebagai TYT Sabah.
“Saya harap pihak MCM termasuk polis dapat bekerjasama mengambil tindakan agar tidak membiarkan individu menghina agong dengan memainkan isu 3R,” tambahnya. – MalaysiaGazette