Datuk Mustapha Yaakub

KUALA LUMPUR – Kekalahan saman fitnah Hannah Yeoh terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berhubung ucapan beliau dalam sebuah forum di Universiti Teknologi Mara (UiTM) empat tahun lalu telah mencacatkan kredibiliti beliau sebagai ahli Kabinet dan integriti Kerajaan Madani.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, adalah wajar untuk Hannah melepaskan jawatannya sebagai Menteri atau Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan beliau sebagai menteri.

“Kerana kuasa melantik dan menggugurkan seseorang menteri itu adalah hak mutlak seorang Perdana Menteri.

“Mengikut maklumat, Hannah ialah seorang mubaligh Kristian yang terlatih dan dia menggelarkan dirinya sebagai ‘duta Tuhan’.

“Walaupun Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak kebebasan berugama untuk rakyatnya di samping Islam sebagai ugama resmi Persekutuan, tapi Hannah telah gagal mematuhi sumpah ikrarnya semasa dilantik sebagai menteri untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang antaranya ugama Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi, membuat keputusan menolak tuntutan fitnah Hannah terhadap Musa kerana gagal membuktikan kenyataan terbabit berunsur fitnah.

Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa plaintif gagal membuktikan dua elemen penting fitnah, iaitu kenyataan secara keseluruhan merujuk kepada beliau dan defendan bertanggungjawab terhadap penerbitannya.

Hannah berkata, berkata akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Musa.

Hannah dalam satu kenyataan menggesa semua pihak menghormati proses kehakiman dan tidak mempolitikkan agamanya dengan menyebarkan mesej dan video berunsur fitnah.

Katanya, satu laporan polis dibuat terhadap video atau mesej berunsur fitnah yang boleh menjejaskan rayuannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here