SANAA – kumpulan Houthi melancarkan serangan peluru berpandu balistik hipersonik, dikenali Palestine 2, ke atas Lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv.
Menurut kumpulan itu, peluru berpandu itu menemui sasarannya yang menyebabkan terdapat kematian dan gangguan penerbangan di lapangan terbang tersebut.
“Pesawat kawalan jauh (UAV) yang melaksanakan operasi ketenteraan menyasarkan sasaran penting Israel di kawasan yang dijajah Yaffa dan operasi ini mencapai matlamatnya,” katanya menerusi kenyataan.
Tindakan tersebut dilihat sebagai tindak balas serangan yang dilakukan ke atas lapangan terbang di Sanaa sebelum itu.
Menurut kenyataan itu, operasi ketenteraan yang menggunakan UAV turut menyasarkan kapal Santa Ursula di timur Pulau Socotra, Laut Arab dengan menggunakan beberapa buah dron.
Katanya, kapal tersebut disasarkan kerana melanggar larangan memasuki pelabuhan Palestin yang dijajah Israel. – Agensi