Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuan ke atas katil minggu lalu.

Bapa berusia 37 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap anak lelakinya berusia empat tahun dua bulan manakala anak perempuannya berumur setahun enam bulan sehingga menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik sewanya di Jalan Maarof, Bangsar di sini pukul 8.30 pagi pada 17 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee Yee Khuan tidak mencadangkan jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Siti Aminah Ghazali tidak memberikan ikat jamin dan menetapkan 20 Januari depan untuk sebutan kes, serahan dokumen dan lantikan peguam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here