Tangkap layar menunjukkan suspek menghayunkan rantai besi hingga menyebabkan cermin hadapan kereta mangsa pecah dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu lalu.

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang operator kilang bagi membantu siasatan kes menghayun rantai besi dan memecahkan cermin hadapan sebuah kereta yang dipandu wanita dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 9.50 malam hari yang sama berhampiran Jalan Padang Tembak, Ayer Itam di sini.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang menunggang sebuah motosikal secara tiba-tiba menghayun rantai besi ke arah cermin hadapan kereta mangsa sekitar jam 1.48 tengah hari.

“Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 36 tahun tidak mengenali suspek serta tidak tahu motif dia bertindak sedemikian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, semakan lanjut mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah namun ujian saringan air kencingnya negatif.

“Dalam tangkapan itu, kita turut merampas rantai besi, topi keledar dan baju-T berwarna kuning yang dipakainya ketika kejadian.

“Suspek direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here