RUSIA – Kerajaan Rusia memberi amaran supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai nahas pesawat yang terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan dan meragut 38 nyawa pada Rabu lalu.
Menurut kerajaan Rusia, ia kerana ada beberapa pakar penerbangan mendakwa pesawat tersebut mungkin terkena peluru berpandu pertahanan udara Rusia di Chechnya.
“Media pro-kerajaan Azerbaijan turut memetik kenyataan pegawai yang menyatakan peluru berpandu Rusia bertanggungjawab.
“Sebelum terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan, pesawat itu telah dialihkan melintasi Laut Kaspia dari destinasi asalnya di Chechnya ke bahagian barat Kazakhstan,” katanya kepada agensi.
Di Moscow, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menyeru agar semua pihak menunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang andaian.
Bagaimanapun, beberapa media Azerbaijan mendakwa terdapat bukti awal pesawat tersebut terkena serpihan peluru berpandu dan mendesak Rusia untuk mengakui insiden itu dan memohon maaf.
Sebelum ini, pesawat Embraer 190 dengan nombor penerbangan J2-8243 membawa 68 penumpang yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny, ibu kota Chechnya, Grozny terhempas di Aktau mengakibatkan 38 orang terbunuh.
Video nahas yang dikongsi di media sosial menunjukkan pesawat itu, yang dikendalikan oleh Azerbaijan Airlines menjunam ke tanah dan terbakar disusuli asap hitam tebal naik.
Susulan itu, Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, mengumumkan hari berkabung nasional pada Khamis bagi menghormati mangsa. – Agensi