Tangkap layar menunjukkan suspek menyimbah petrol sebelum membakar motosikal tersebut.

TAIPING – Polis telah menahan wanita yang bertindak membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX seperti yang tular dalam satu rakaman video di Jalan Masjid Pokok Assam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, tangkapan ke atas wanita berusia 40-an itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki.

Berdasarkan semakan daripada video tular mendapati kejadian itu berlaku pukul 4.27 petang dan suspek dilihat menyimbah cecair yang dipercayai petrol ke atas motosikal atas milikan anaknya sebelum membakar kenderaan itu.

“Susulan itu, kita menahan suspek di pekarangan Balai Pokok Assam di sini pukul 7.30 malam hari yang sama dengan kejadian.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan suspek tidak puas hati dengan tindakan ejen penarik kenderaan yang mahu menarik motosikal tersebut berikutan mempunyai tunggakan bayaran ansuran selama 20 bulan.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pagi ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular satu rakaman video berdurasi satu minit 43 saat yang memaparkan seorang wanita menyimbah petrol sebelum membakar motosikal milik keluarganya susulan beberapa lelaki hadir untuk menarik kenderaan tersebut disebabkan gagal membayar tunggakkan ansuran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here