Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas pada sidang media mengenai kejayaan kejayaan pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan kes penyeludupan dadah melebihi 81 kilogram di Kompleks Kastam Kargo, KLIA, Sepang. Foto SADIQ SANI, 27 DISEMBER 2024

SEPANG – Isytihar dadah sebagai alat tulis pada empat kotak bungkusan namun sebenarnya ia berisi 80 bungkusan plastik lutsinar disyaki dadah jenis methaphetamie bernilai lebih RM2.6 juta.

Itu modus operandi sindiket pengedaran dadah untuk penghantaran ke Kota Kinabalu, Sabah melalui mod udara yang dikesan di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, bungkusan itu dikesan Bahagian Penguatkuasan Zon Tengah Unit III, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 17 Disember lalu sekitar pukul 10.15 pagi.

“Pasukan operasi telah mengesan objek yang mencurigakan di dalam empat kotak parcel melalui mesin pengimbas di sebuah Cargo Terminal Operator di Zon Perdagangan Bebas KLIA.

“Pemeriksaan menemukan 80 bungkusan plastik lut sinar di dalamnya mengandungi serbuk kristal putih dadah jenis Methaphetamine dianggarkan berat 81.34 kilogram (kg).

“Susulan itu, kita telah merampas kesemua kotak dianggarkan nilai rampasan sekitar RM2,602,761.60 dan JKDM berjaya menyelamatkan lebih 406,7000 orang daripada penyalahgunaan dadah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dadah jenis syabu seberat 81 kilogram yang dirampas pada sidang media mengenai kejayaan kejayaan pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan kes penyeludupan dadah melebihi 81 kilogram di Kompleks Kastam Kargo, KLIA, Sepang. Foto SADIQ SANI, 27 DISEMBER 2024

Tambah Norlela, pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah mengesan kesemua kotak itu dihantar oleh seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta jenis Camry.

“Semakan awal, penghantaran kesemua kotak itu dari syarikat kurier Parcel Hub di Shah Alam dengan alamat sebuah syarikat tidak wujud di Puchong, Selangor dan slip penghantaran destinasi akhir untuk empat kotak tersebut ke Kota Kinabalu.

“Tangkapan ini adalah kes yang terbesar dikesan JKDM mengggunakan penghantaran bungkusan besar bagi aktiviti penyeludupan dadah melalui mod udara,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Norlela berkata suspek masih sindiket itu sedang dikesan dan kes disiasat di bawah Sekyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here