KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mempunyai hak sebagai warganegara Malaysia yang sah dan dipelihara mengikut peruntukan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, sikap berdolak dalih kerajaan berhubung kewujudan titah adendum bukan sahaja satu tindakan tidak adil kepada Najib, tetapi juga menunjukkan kecenderungan untuk menafikan hak rakyat.
“Sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, Muafakat Nasional menyeru kerajaan memberi jawapan yang tuntas dan jujur dalam isu berkaitan titah adendum oleh Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Abdultah semasa baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.
“Muafakat Nasional juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa pengakuan atau penantian secara jelas mengenai kewujudan sesuatu titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah merupakan satu tanggungjawab mandatori, bukannya ‘wewenang’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Annuar berkata, hakikat bahawa Najib terpaksa ke mahkamah hanya untuk mendapatkan pengesahan mengenai kewujudan titah adendum diraja merupakan detik gelap dalam sejarah pentadbiran negara.
“Kebimbangan lebih besar ialah jika bekas pemimpin negara yang partinya merupakan sebahagian daripada kerajaan dan mempunyal kawan-kawan di dalam Kabinet pun boleh ‘dianiaya’ dan dinafikan hak mendapat kebenaran, apa nasib rakyat biasa pada masa hadapan,” katanya.
Sehubungan itu, Muafakat Nasional katanya, menyeru semua rakyak Malaysia tanpa mengira perbezaan kaum, kepercayaan dan pegangan politik untuk bersolidariti bersama Datuk Seri Najib dan menyokong Gerakan Solidariti Bersama Najib Razak yang akan diadakan pada 6 Januari 2025 di Mahkamah Rayuan.
Tambah beliau, Muafakat Nasional berpendapat, isu tersebut tidak mempunyai kena mengena dengan pertuduhan ke atas Najib di mahkamah sebaliknya ia adalah mengenai seorang bekas pemimpin negara yang juga rakyat Malaysia telah dinafikan hak untuk mendapat keadilan.- MalaysiaGazette