Lori kontena yang terbalik di KM74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, pagi tadi. Foto Polis Daerah Maran

MARAN- Sebuah lori kontena milik syarikat kurier dan logistik terbabas sebelum terbalik di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, dekat sini, 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata, kejadian yang berlaku di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur itu menyebabkan laluan terhalang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.

“Kemalangan ini hanya melibatkan kerosakan tanpa sebarang kecederaan. Jalan dari arah Maran menuju ke Kuantan terpaksa ditutup sementara waktu dan proses pengalihan lori berkenaan sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, laluan tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pengalihan selesai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here