Pelawak, Nabil Ahmad

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad antara 26 pempengaruh media sosial yang dilantik membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mereka menjadi Rakan Strategik HASiL (RASH) 2.0 bagi tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, pelantikan itu seiring dengan persekitaran dan perkembangan media baharu dalam menyebarluaskan informasi percukaian menerusi pempengaruh yang kini menjadi ikutan dan tauladan masyarakat.

“RASH 2.0 adalah merupakan kesinambungan daripada prograsm RASH 1.0 bagi tahun ini di mana pelantikannya kini diperluaskan kepada pempengaruh dari seluruh negeri.

“Menerusi kejayaan program RASH 1.0 LHDN akan terus mengiktiraf para pempengaruh dan kreativiti yang dihasilkan mereka untuk mempromosikan jenama LHDN melalui penciptaan kandungan yang berbentuk kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara,” katanya dalam kenyataan.

Antara rakan strategik lain ialah pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim; pakar kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad, pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad.

Selain itu pelantikan 26 orang pempengaruh itu dilihat sebagai perspektif baharu dalam membentuk persepsi baik dalam kalangan masyarakat umum khasnya para peminat dan pengikut RASH 2.0 melalui kandungan liputan positif mereka.

“Ia seterusnya mewujudkan persekitaran masyarakat yang bertanggungjawab terhadap negara.

“Faktor keterlihatan dan jangkauan merupakan aset penting pada pempengaruh yang dilihat mampu menggandakan usaha LHDN menyebarluas agenda kesedaran dan pendidikan cukai kepada masyarakat seterusnya dapat meningkatkan semangat patriotik dan tanggungjawab kepada negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here