Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas lima hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat kecederaan parah ekoran terlibat dalam nahas kemalangan di Jalan Sutera Danga, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, berkata kemalangan pada 23 Disember lalu dipercayai berlaku apabila mangsa dari arah Skudai menuju ke Iskandar Puteri.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas.

“Akibat kemalangan, mangsa yang berumur 19 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman .

Penunggang motosikal bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia  semasa menerima rawatan kira-kira jam 12.00 tengahari, semalam,” katanya.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here