Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan ambang tahun baharu, operasi perkhidmatan rel Rapid KL dilanjutkan sehingga jam 3 pada Rabu.

Prasarana menerusi kenyataan berkata, pada masa yang sama beberapa bas laluan terpilih juga akan beroperasi sehingga jam 3.30 pagi.

Jelasnya, ia bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin menghadiri acara sambutan di sekitar pusat bandar.

“Lanjutan operasi ini melibatkan 18 stesen rel, 4 stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 20 laluan bas utama serta perantara Rapid KL,” katanya.

Walaubagaimanapun menurutnya, stesen-stesen selain yang ditetapkan akan menamatkan operasi seperti biasa.

“Walaubagaimanapun pengguna masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Selain itu Prasarana berkata, jadual kekerapan tren juga turut dipertingkatkan di semua laluan rel bermula jam 7.30 malam, 31 Disember 2024 sehingga 3.00 pagi 1 Januari 2025 demi kemudahan dan keselesaan kepada warga kota untuk mengunjungi lokasi-lokasi acara sambutan.

Sementara itu ujarnya, pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan DRT dinasihatkan suaya membuat tempahan melalui aplikasi Kummute, Mobi atau Trek Rides terlebih dahulu.

Menurut Prasarana, seramai 2,731 petugas Rapid KL akan ditugaskan pada Ketika itu termasuk polis bantuan dan kakitangan operasi bagi melancarkan
pengguna.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here