KUALA LUMPUR – Tular di media sosial memo Pas akan mengadakan himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari 2025.

Berdasarkan ‘Memo Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan’ itu, himpunan akan diadakan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Menurut memo berkenaan, antara agenda yang akan dilaksanakan adalah solat hajat beramai-ramai dan meminta orang ramai yang hadir untuk berwuduk terlebih dahulu.

“Sila pastikan kehadiran ahli-ahli kita demi menunjukkan suatu isyarat nyata kepada kerajaan Madani pimpinan PMX tentang keluhuran perlembagaan an kedaulatan undang-undang yang dituntut rakyat,” kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Walaubagaimanapun, belum dapat disahkan sama ada memo tersebut sahih mahupun sebaliknya.

Hari ini, Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan hari ini berkata, semua permohonan pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong mengikut tatacara dan saluran yang ditetapkan di bawah undang-undang dan bukannya mana-mana saluran lain.

Tambahnya, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan termasuk Datuk Seri Najib Razak menghabiskan baki tempoh hukuman di rumahnya, permohonan hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan.

Sebagai rekod, bekas Perdana Menteri Najib kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar rayuan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkannya untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Addendum.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan tahanan di rumah perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here