North Korea troops. Photo 38north.org

WASHINGTON – Beberapa askar Korea Utara memilih untuk mengambil nyawa sendiri daripada ditawan tentera Ukraine.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby berkata, keputusan itu berkemungkinan besar berpunca daripada ketakutan terhadap tindakan balas ke atas keluarga mereka di Korea Utara jika mereka ditangkap.

“Tentera Korea Utara dilayan sebagai ‘boleh digantikan’ dan diarahkan untuk melancarkan ‘serangan tidak berharapan’ terhadap pertahanan Ukraine.

“Serangan besar-besaran ini dilihat tidak berkesan, namun pasukan Rusia terus mengerah ribuan askar tambahan untuk melawan tentera Ukraine di wilayah Kursk,” katanya.

Kirby menyatakan lebih 1,000 askar Korea Utara terbunuh hanya dalam tempoh seminggu.

“Tentera Korea Utara dikatakan dikerah dalam keadaan serba kekurangan dengan perlindungan minimum,” ujarnya.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam kenyataan di Telegram mendedahkan lebih 3,000 askar Korea Utara dilaporkan maut atau cedera dalam pertempuran di Kursk sejak serangan balas pada Ogos lalu.

Beliau turut mengesahkan bahawa beberapa askar yang ditawan berada dalam keadaan cedera parah dan tidak dapat diselamatkan.

“Terdapat dakwaan bahawa askar yang cedera ini mungkin turut dibunuh oleh rakan sepasukan mereka sendiri,” katanya.

Walaupun operasi ini menunjukkan kehilangan besar di pihak Korea Utara, Kirby menegaskan bahawa askar-askar ini sangat dipengaruhi doktrin negara mereka kerana terus melancarkan serangan walaupun tahu ia tidak membawa hasil. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast