Gambar hiasan

KUANTAN – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di negeri ini selama dua hari bermula hari ini hingga esok susulan amaran hujan berterusan.

Menerusi ramalan awal banjir yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS pada 2 petang tadi, banjir yang diramal melanda melibatkan lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut dan Maran.

”Pihak JPS Malaysia akan membuat pemantauan berterusan dan mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai tersebut.

”Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan,” katanya.

Susulan itu semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

JPS menasihati orang ramai mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman publicinfobanjir.water.gov.my.

Tinjauan di Kuantan mendapati  hujan tidak berhenti sejak semalam sehingga terdapat air bertakung atas beberapa jalan raya di bandaraya Kuantan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here