Lagu Bea Soba Bea Raya yang sepatutnya dirakam pada 3 November lepas akan dilakukan pada minggu hadapan dan terpaksa dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari Thailand disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku ke atas penyanyi asal memandangkan sudah hampir ke bulan Ramadan.
Mengulas lanjut, Eddie Hamid berkata lagu Bea Soba Bea versi sedih akan keluar pada 10 Januari ini.
Menurutnya lagi, beliau memilih penyanyi Deqnee untuk membawa lagu ini kerana disebabkan oleh penyanyi yang berasal dari Thailand itu sedang popular dan suaranya yang sesuai untuk membawa lagu ini, katanya ketika ditemui Malaysia Gazette di Tambatan Diraja, Kota Bharu, Kelantan.