HALIFAX – Sebuah pesawat, De Havilland Canada Dash 8-400, milik PAL Airlines yang melakukan pendaratan cemas tergelincir landasan di lapangan terbang Halifax berikutan kegagalan komponen pendaratan berfungsi.
Pesawat berusia 24 tahun yang dikendalikan Air Canada itu dalam penerbangan dari St. John ke Halifax tergelincir landasan menyebabkan percikan api daripada sayap akibat terseret di landasan pada jam 9.30 malam (Sabtu).
Insiden sama berlaku beberapa jam selepas sebuah pesawat Jeju Air dengan 181 penumpang yang mengalami masalah teknikal melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Maun, Korea Selatan dan merempuh pagar menyebabkan berpuluh-puluh orang maut.
Jurucakap Air Canada, Peter Fitzpatrick berkata, pesawat tersebut disyaki mengalami ‘isu komponen pendaratan (tayar)’ yang mana ia tidak dapat sampai ke terminal dan 73 penumpang serta anak kapal berjaya dikeluarkan dari pesawat dan dipindahkan ke bas.
Fitzpatrick berkata, tiada kecederaan berlaku namun seorang jurucakap Royal Canadian Mounted Police (RCMP) memberitahu, terdapat kecederaan ringan.
Sementara itu, Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Stanfield, Tiffany Chase berkata, operasi penerbangan digantung selepas insiden berlaku dan pihaknya menunggu kelulusan untuk menyambung operasi.
Sementara itu, rakaman video memaparkan sayap pesawat terkena permukaan landasan, menyebabkan percikan api semasa pendaratan. – Agensi