Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menegaskan beliau akan terus mempromosikan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau juga tidak akan tunduk kepada ancaman ekstremis selain akan terus mempertahankan kebebasan asasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya seorang menteri untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya menerusi ciapan di laman sosial X beliau hari ini.

Ciapan Kor Ming itu dibuat selepas Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini menegaskan parti itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau yang didakwa menuduh Pas sesat susulan kontroversi sambutan perayaan Krismas anjuran kementerian terbabit.

Dalam satu kenyataan, Takiyuddin berkata, Pas memandang serius kenyataan melampau dan penuh emosi Kor Ming baru-baru ini yang antara lain menuduh Pas sebagai ‘sesat’, ‘menyebar ajaran sesat’, ‘menunggang agama’, ‘merosakkan keharmonian masyarakat’ dan ‘menyekat sambutan Krismas’.

“Justeru atas tohmahan dayus dan fitnah jahat yang jelas ini Pas menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap menteri berkenaan,” kata Takiyuddin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here