Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta hingga menakibatkan seorang warga emas maut di Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang warga emas yang dalam perjalanan ke kebun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 46.5 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, hari ini.

Kemalangan pada pukul 7.30 pagi itu melibatkan motosilal Honda EX-5 ditunggang Wee Hun, 73, dan sebuah kereta Nissan Cefiro dipandu seorang lelaki, 61, bersama anak perempuannya, 17.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal itu dalam perjalanan ke kebunnya di Kampung MIC.

“Sementara pemandu kereta bersama anaknya pula dari arah Ayer Hitam menghala ke Kluang.

“Semasa sampai di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai telah menukar haluan dari lorong kiri ke kanan dan dilanggar kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, akibat pelanggaran tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu kereta dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes berkenaan katanya, disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa atas jalan raya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784222, direct line 07-7784256, hotline 07-7766822 atau Tablet DCC 014-365682.- MalayisaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here