KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Luzon, Filipina pukul 10.56 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kejadian itu dikesan pada koordinat 18.5° Utara dan 121.0° Timur yang bermagnitud 5.3.
Kataya, pusat gempa dikesan pada jarak 57 kilometer (km) Timur Laut dari Laoag City, Filipina dengan kedalaman 78 km.
Bagaimanapun menurut agesi itu, tiada sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette