Foto: JIM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam tular di media sosial, 17 warga asing dipercayai menjadi ‘ulat parkir haram’ di sekitar Jalan Berangan, Bukit Bintang di sini, dicekup dalam Ops KL Strike Force petang tadi.

Serbuan yang dijalankan selama sejam itu bermula 1 tengah hari itu disertai enam pegawai dan anggota Unit Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun membabitkan dua warga Bangladesh dan 15 warga Myanmar.

“Operasi dilakukan selepas kita mengesan satu video berdurasi 1 minit 39 saat yang dimuatnaik oleh akaun ‘SKUAD 4NTI PATI’ di Facebook memaparkan beberapa warga asing menjadi ‘ulat’ parkir di lokasi serbuan.

“Kita telah melakukan tangkapan di dua lokasi berasingan iaitu di Jalan Berangan dengan menahan dua warga Bangladesh dan sembilan warga Myanmar.

“Manakala lokasi kedua dilakukan di hadapan sebuah premis di jalan yang sama, enam lelaki warga Myanmar ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, dalam operasi berkenaan tiada saman kepada saksi (Borang 29) dikeluarkan oleh pihaknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here