Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran).

KUALA LUMPUR – Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) menggesa semua tindakan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza digugurkan kerana menyifatkannya bercanggah dengan semangat reformasi politik yang telah lama dicari oleh rakyat.

Sambil melahirkan kebimbangan dengan penahanan aktivis itu, Jawatankuasa Eksekutif Aliran berkata, orang ramai mempunyai hak Perlembagaan untuk menyatakan kebimbangan mereka secara aman mengenai isu kepentingan awam seperti yang dilakukan oleh Fahmi melalui seninya.

Menurutnya, kebebasan bersuara perlu ditegakkan dan kerajaan tidak seharusnya hanya memberi kata-kata manis kepada hak asasi tersebut.

“Ia (kerajaan) perlu menunjukkan bahawa ia (kerajaan) akan melindungi hak untuk berbeza pendapat dan mempertanggungjawabkan pegawai awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam masa sama, Jawatankuasa Eksekutif Aliran turut menyeru kerajaan meminda atau memansuhkan undang-undang yang menyekat hak asasi.

“Sementara menunggu semakan perundangan undang-undang sedemikian, kami menyeru agar diadakan moratorium penguatkuasaan peruntukan menindas dalam undang-undang tersebut,” katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun hari ini mengesahkan menahan Fahmi Reza bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 di Ibu Pejabat Polis Penampang petang semalam.

Terdahulu, Jauteh dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah berkata, lebih 30 laporan polis diterima di negeri itu terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.

Jelasnnya, polis menerima laporan Fahmi Reza antara lain menampal karikatur melibatkan imej Tun Musa Aman yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, di beberapa kawasan antaranya di Kota Kinabalu dan perkara lain melibatkan hasutan turut disiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kebebasan bersuara bukan bermaksud kebebasan untuk menfitnah, menghasut dan melakukan huru hara mcm Bersih tu..bangang punya Aliran

Comments are closed.